Saturday, May 15, 2010

mode hiba : SELAMAT HARI GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

oh bisa menitis airmata..oh..oh..

sedar tak sedar..dah 3 tahun haku jadi cikgu...terlalu cepat masa berlalu....ramai org kata jadik cikgu nie tak susah..keje senang...tapi dari pengalaman 3 tahun yang ciput nie...byk sgt onar dan duri..bebanan keje dan masa..tekanan..segalanya haku lalui hanya utntuk mendidik dan membina anak bangsa...

yer..kekadang..dalam hati nie ada gak terdetik..berbaloi kah pengorbanan haku ini..pagi petang siang malam dtg ke sekolah...buat kelas tambahan..buat modul tuh...buat keje nie...segalanya tok anak murid...sedangkan mereka masih beritu...leka ngan dunia me"layu"...adoi...

tapi takpa...bukan senang nak mengubah seluruh sekolah...padaku..seorg dah berubah kerana kita..bermakna haku dah berjaya..tetapi bkan utk dibanggakan...hanya hati n jiwa seorg guru sahaja tahu dan mengerti.....

bak kata pujangga...

murid tak tahu baca...
kita bersalah....

murid tak berdisiplin...
kita bersalah...

murid di denda...
kita bersalah...

murid terbiar....
kita bersalah...

tetaapi..
kalau murid berjaya...
hasil usaha sendiri...
siapakah kita?....

moga dijauhkan pekara ituh...murid di sekolah haku masih penuh ngan rasa hormat...n kalu mereka berjaya masuk ke universiti..

ucapan yang paling sayu akan ku dengar....

"terima kasih cikgu"....sob sob sob

.....

...

..

.



wawawawa...ibuk sedih sekali....*pitam

2 comments:

  1. selamat hari guru

    ko guru yang rajin n dedikasi

    budak suka kat ko

    GURU PALING POPULAR GITEW!

    ReplyDelete
  2. oh..dipuji oleh insan yang susah memuji...*pitam pergolakkan bahasa....

    ReplyDelete